Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu faktor
yang dapat mengubah sesuatu.
Ada yang berubah menjadi wali
Ada pula menjadi hina
Sahabatku,
Tamadun berkembang kerana cinta
Hancur jua kerana cinta
Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta?
Persoalanku,
Apakah engkau ingin berubah ke arah redha Allah atau
Lebih jauh daripada Allah?
Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui isi hatimu
atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu
Cuma aku ingin berpesan
agar tidak meletakkan keinginanmu
lebih tinggi daripada ketentuan Allah
Aku ingin engkau mengerti
Allah pemilik segala kejadian
Janganlah mengatakan engkau mentaati Allah
saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah
Aku juga sepertimu...anak muda yang bergelora jiwanya
Maka aku berpesan kepadamu
agar kita dipelihara Allah dalam memahami hakikat cinta
Moga kita dipertemukan Allah
untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.
Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah...