Friday, March 23, 2012

Duhai hati...


Duhai hati.
Apa yang kau cari.
Isimu banyak terluka.
Kisahmu penuh sengketa.
Tidak perlu kau menadah.
Untuk jiwa yang tak pernah kisah.

Duhai hati.
Relakan dirimu dengan takdirNYA.
Ikhlaskan jiwamu dengan dugaanNYA.
Yakinlah pasti kau temui bahagia.
Yang hilangkan semua air mata.
Yang leraikan semua kecewa.

Ya Rahman Ya Rahim.
Kesyukuran dipanjatkan setulusnya.
Keikhlasan dipahat semahunya.
Berkati hati itu Ya ALLAH.
Moga ada sinar di hujung sana.

Setiap detik adalah hijrah.
Hijrah yang mendamba redha...
Dan semoga hamba masih diberi peluang bertemu
Jumaat di lain waktu...

Tuesday, March 20, 2012

10.03.2012




You came along just like a song
And brighten my day
Who would have believed that you where part of a dream
Now it all seems light years away

And now you know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when your sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile

Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I'm finding it hard leaving your love behind me

And you see I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel glad when you're glad
I feel sad when you're sad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you...

Monday, March 19, 2012

Katamu Hamka...

Saya buka buku yang dibawa.
Saya ada tabiat bila perlukan pencerahan, akan buka al-Quran atau mana-mana buku, dan baca kalimat pertama yang terpandang.
Saya ditemukan, (atau tulisan yang menemukan saya?)

Ajar diri berjuang, mengahadapi kesusahan, bencana dan bala, halangan dan rintangan, kerana mesti demikianlah kerja kita dalam hidup. Semuanya ditunggu, dinanti dengan dada lebar dan tangan terbuka sehingga tidak terkejut jika datang yang lebih besar dan hebat. Sebesar-besar musuh yang datang dan bencana yang tiba, bentengnya telah ada, iaitu hati kita sendiri!


Biarkan bumi berkalang kabut.
Huru hara meliputi alam.
Aku tenang tidakku ribut
Hati tetap, jiwaku tenteram.


"Bikinlah jiwa itu laksana batu karang di hujung pulau, jadi hempasan segala ombak gelombang"
ms 138, Falsafah Hidup, Prof dr HAMKA.

Wednesday, March 7, 2012

new recipe :)


RESEPI KEK PERKAHWINAN:
BAHAN -
Seorang lelaki sihat
Seorang wanita sihat
100% komitmen
...
2 pasang restu org tua
Sebotol kasih syg

PERISA -
Sebuku besar humor
25 gram rekreasi
Sebungkus doa
2 sudu teh telefon
5 kali ibadat sehari smlm
* semua bahan diadun hingga mengembang

TIP -
1. Pilih lelaki & wanita yg matang dan seimbang
2. Jgn terlalu tua @ terlalu muda kerana ia mempengaruhi kelazatan kek (elok dibeli di pusat membeli belah bernama ' tempat ibadat ' walau agak mahal tapi mutunya terjamin)
3. Jangan dibeli di pasar 'disko' @ 'parti'. walau baunya harum tetapi selalu menipu pelanggan kerana menggunakan bahan tiruan.
4. Gunakan kasih syg cap 'dakwah' yang mendapat ISO dari kementerian kesihatan.

CARA MEMASAK -
1. Semua bahan dicuci bersih, dibuang masa lalu hingga tersisa niat yang murni
2. Siapkan loyang yang disapu dengan restu dan komitmen
3. Masukkan niat murni dan bakar dgn api sederhana di hadapan jurunikah
4. Biarkan seketika dan sirami dengan perisa
5. Kek perkahwinan sedia dinikmati

NOTA -
Kek ini dapat dinikmati pembuatnya seumur hidup dan paling enak dlm keadaan hangat. Sekiranya agak dingin, tambah humor segar, rekreasi & potongan doa. Setelah hangat, jangan lupa telefon bila berjauhan.
Selamat mencuba. DIJAMIN HALAL!
See more

Sunday, March 4, 2012

H.U.J.A.N

~ ♥..HUJAN..♥~
Tangis awan bagai MEMAHAMI. Saya bukan sedih. Tak.
Bukan. Bukan.
Ya Allah..
Saya..memang sangat SEBAK. Langit memberikan saya TEDUHAN paling nyaman. Sangat nyaman. Dan...tentunya, kuasa meneduhkan itu..datangnya dari Dia, punca segala CINTA. Sumber segala KASIH SAYANG..
Tenang..
Hati ini adakalanya SAKIT. Mahu marah. Tidak tenteram. Jiwa berkocak. Tapi, Dia hadirkan dengan rasa KECUKUPAN. Kecukupan dengan hanya mengharap kasihNya. Dengan hanya cintaNya. Maka, Dia balut hati, jiwa, jasad ini dengan segenap KESABARAN. Kesabaran yang bukan datang dari kekuatan diri, tapi dari Dia. Sesungguhnya Dia..
Kalau diikutkan hati, saya bagai mahu MENGALAH dengan perasaan dan emosi sendiri..
Memang..
Subhanallah..
>>> Semoga Allah MENYATUKAN hati kita untuk berhimpun dalam naungan cintaNya.. amin, amin, ya rabbal alamin..