Monday, March 19, 2012

Katamu Hamka...

Saya buka buku yang dibawa.
Saya ada tabiat bila perlukan pencerahan, akan buka al-Quran atau mana-mana buku, dan baca kalimat pertama yang terpandang.
Saya ditemukan, (atau tulisan yang menemukan saya?)

Ajar diri berjuang, mengahadapi kesusahan, bencana dan bala, halangan dan rintangan, kerana mesti demikianlah kerja kita dalam hidup. Semuanya ditunggu, dinanti dengan dada lebar dan tangan terbuka sehingga tidak terkejut jika datang yang lebih besar dan hebat. Sebesar-besar musuh yang datang dan bencana yang tiba, bentengnya telah ada, iaitu hati kita sendiri!


Biarkan bumi berkalang kabut.
Huru hara meliputi alam.
Aku tenang tidakku ribut
Hati tetap, jiwaku tenteram.


"Bikinlah jiwa itu laksana batu karang di hujung pulau, jadi hempasan segala ombak gelombang"
ms 138, Falsafah Hidup, Prof dr HAMKA.

No comments:

Post a Comment