Tuesday, February 8, 2011

ukhwwah itu indah...

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yg telah dikurniakan oleh DIA, pemilik segala-galanya. Entah bagaimana mahu memulakan bicara, setelah beberapa hari saya diuji dengan keadaan yang agak sibuk, pengurusan masa yang begitu terbatas, i'm back to write on this page. Hari ini saya nak berbicara tentang silaturrahim sesama Islam iaitu ukhuwah. Ukhuwwah seringkali menjadi bualan. Ya saya akui, saya juga seringkali memperkatakan tentang ukhuwwah.

“Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya bepisah.” (H.R. Abu Daud)

"Imam Hasan Al Banna mengatakan "Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa berdasarkan aqidah"

Dalam berukhuwwah juga, saya selalu berpesan pada diri, serendah-rendah ukhuwwah ialah bersangka baik dan setinggi-tinggi ukhuwwah ialah ithar iaitu pengorbanan. Saya akui, bukan mudah untuk mencapai yang terendah apatah lagi yang tertinggi. Kemajuan hari ini nyata membenihkan bunga- bunga ukhuwwah,melalui laman sosial yg populor seperti facebook, yahoo massanger dan sebagainya, hubungan antara manusia bertambah luas.Yang lama ditemui, yang jauh menjadi dekat. Hebat bukan!

Saya juga tidak menafikan, ramai juga kwn-kwn, sahabat-sahabat yg saya kenali melalui "alam maya",Tidak pernah bersua muka namun saling bertukar idea dan pendapat melalui ikatan yg terjalin.

Antara Dua...
Namun begitu, tidak dapat saya elakkan dr memperkatakan tentang hubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Mungkin ada yg menganggap ini adalah perkara biasa. Namun,syariat adalah yang utama. Ada yang berlebihan dalam berhubungan antara muslimin dan muslimat apabila berukhwwah di alam maya. Ada dalam kalangan muslimat dan muslimin yang hilang rasa malu apabila berhubung/berukhuwwah di alam maya.

Saya juga mengakui, saya suka berinteraksi melalui yahoo massanger, dan tidak terkecuali berfacebook.

Dalam menjalin sebuah persahabatan, haruslah diingatkan, kita perlu menunaikan hak saudara kita. Sekiranya kita bercakap,maka tuturlah kata-kata yang baik, sekiranya kita menulis, maka tulislah yang baik agar sahabat kita gembira denga apa yang kita beri. Simpanlah keaiban sahabat kita baik didepan atau dibelakangnya. Dan jangalah kita lupa berdoa untuk sahabat kita agar langkah-langkah yang bakal dilalui dalam rahmatNYA.

Saya teringat lagu hijjaz, tentang sahabat...byk nasyid dr kumpulan ini berkaitan sahabat...hmmm...saya juga teringat sirah rasulullah SAW. Abu Bakar as-siddiq sahabat sejati baginda. Ya ALLAH, walaupun sy tidak mmp menjadi spt Abu Bakar, sahabat sejati kepada Rasullah SAW,berikanlah aku tempias dr beliau...

Hargailah sahabat kita, hargailah nikmat pinjaman ALLAH. Moga kita tergolong dalam orang-orang yg bersyukur...
Dengan apa yang kita ada, gunakanlah ia sebaiknya, jalinkan ukhuwwah atas dasar aqidah yang satu. Murnikanlah ukhuwwah yang telah sedia suci. Jalinkan ukhuwwah kerana ALLAH, pasti kita akan merasa manisnya sebuah persahabatan

Sunday, February 6, 2011

Month of Rabiulawal...

Time passed by and its already Rabiulawal. what do we understand with the meaning of Rabiulawal? Rabiulawal datang dari 2 perkataan arab iaitu Rabi' dan Awal. Rabi' ertinya musim bunga, Awal ertinya pertama. Bulan Rabiulawal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaan di Tanah Arab, pokok buah-buahan mula berbunga di bulan Rabiulawal dan seterusnya berbuah maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunganya tanaman.

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW telah mengekalkan nama Rabiulawal itu. Bulan ketiga di dalam kalendar Islam ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia iaitu perayaan Maulud Nabi. Ia diperkenalkan pertama kalinya oleh Abu Said Al-Qakburi, seorang gabenor Irbil ( daerah di Iraq) pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Ada yang berpendapat bahawa Sultan Salahuddin memperkenalkan sambutan Maulud Nabi untuk membangkitkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu yang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian untuk mempertahankan kota Jerusalem.

Pernah dengar bida'ah dalam bulan Rabiulawal? well, for those yang kurang faham apa itu bida'ah ada saya sertakan penjelasannya di sini. Bidaah ialah perbuatan yang tidak dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W. Bidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti mencipta sesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan firman Allah :

بديع السموات والارض
Ertinya :
“ Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya .”
Dan firman Allah :
قل ماكنت بدعا من الرسل
Ertinya :
“Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah , bahkan banyak rasul-rasul sebelumku .”

Bidaah menurut istilah ialah :

الحدث في الدين بعد الاكمال
Ertinya :
“Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan.”

Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :
“ Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya ialah seperti apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan hukum syariat .”
Jenis-jenis Bidaah

1)- Bidaah Fi’liah dan Bidaah Tarkiah
2)- Bidaah I’tiqadiah , Amaliah dan Qauliah
3)- Bidaah Zamaniah dan Makaniah
4)- Bidaah Kulliah dan Juziah
5)- Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah
6)- Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah

Pembahagian Bidaah

Bidaah terbahagi kepada lima iaitu bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunat, bidaah makruh, bidaah harus. Cara untuk mengetahui perkembangan bidaah ini perlu lah melalui kaedah syariah.


Bidaah sunnah
Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat Tarawih secara berjamaah .

Bidaah harus
Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakai pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum syara’ .

Bidaah haram
Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalil dari syara’ seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan . Contohnya,dari mazhab Qadariah, mazhab Jabariah, mazhab Murjiah dan mazhab Mujassamah, mereka berpendapat dan menolak bidaah wajib.

Bidaah makruh
Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebih baik pada hari-hari lain .



Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim :
“Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan bidaah tercela ( mazmumah) . Sesuatu perbuatan yang bersesuaian dengan sunnah, itulah yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinya adalah yang tercela.

Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal
Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalam agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik . Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka adalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan syariatnya . Apa perlunya mengadakan sambutan besar-besaran sekiranya kita hanya menjalankan syariat umpama melepaskan batuk di tangga? Yang manakah lebih dituntut?

Bidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat . Jika ia berkaitan dengan akidah , amal ibadat dan kepercayaan , ia akan menjadikan pengamalnya kufur . Jika ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak dinamakan bidaah .Urusan-urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak adalah satu kebebasan kepada manusia untuk mengurus mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini termasuklah pertanian , perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan sebagainya.