Sunday, February 6, 2011

Month of Rabiulawal...

Time passed by and its already Rabiulawal. what do we understand with the meaning of Rabiulawal? Rabiulawal datang dari 2 perkataan arab iaitu Rabi' dan Awal. Rabi' ertinya musim bunga, Awal ertinya pertama. Bulan Rabiulawal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaan di Tanah Arab, pokok buah-buahan mula berbunga di bulan Rabiulawal dan seterusnya berbuah maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunganya tanaman.

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW telah mengekalkan nama Rabiulawal itu. Bulan ketiga di dalam kalendar Islam ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia iaitu perayaan Maulud Nabi. Ia diperkenalkan pertama kalinya oleh Abu Said Al-Qakburi, seorang gabenor Irbil ( daerah di Iraq) pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Ada yang berpendapat bahawa Sultan Salahuddin memperkenalkan sambutan Maulud Nabi untuk membangkitkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu yang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian untuk mempertahankan kota Jerusalem.

Pernah dengar bida'ah dalam bulan Rabiulawal? well, for those yang kurang faham apa itu bida'ah ada saya sertakan penjelasannya di sini. Bidaah ialah perbuatan yang tidak dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W. Bidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti mencipta sesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan firman Allah :

بديع السموات والارض
Ertinya :
“ Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya .”
Dan firman Allah :
قل ماكنت بدعا من الرسل
Ertinya :
“Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah , bahkan banyak rasul-rasul sebelumku .”

Bidaah menurut istilah ialah :

الحدث في الدين بعد الاكمال
Ertinya :
“Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan.”

Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :
“ Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya ialah seperti apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan hukum syariat .”
Jenis-jenis Bidaah

1)- Bidaah Fi’liah dan Bidaah Tarkiah
2)- Bidaah I’tiqadiah , Amaliah dan Qauliah
3)- Bidaah Zamaniah dan Makaniah
4)- Bidaah Kulliah dan Juziah
5)- Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah
6)- Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah

Pembahagian Bidaah

Bidaah terbahagi kepada lima iaitu bidaah wajib, bidaah haram, bidaah sunat, bidaah makruh, bidaah harus. Cara untuk mengetahui perkembangan bidaah ini perlu lah melalui kaedah syariah.


Bidaah sunnah
Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat Tarawih secara berjamaah .

Bidaah harus
Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakai pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum syara’ .

Bidaah haram
Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalil dari syara’ seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan . Contohnya,dari mazhab Qadariah, mazhab Jabariah, mazhab Murjiah dan mazhab Mujassamah, mereka berpendapat dan menolak bidaah wajib.

Bidaah makruh
Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebih baik pada hari-hari lain .



Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim :
“Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan bidaah tercela ( mazmumah) . Sesuatu perbuatan yang bersesuaian dengan sunnah, itulah yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinya adalah yang tercela.

Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal
Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalam agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik . Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka adalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan syariatnya . Apa perlunya mengadakan sambutan besar-besaran sekiranya kita hanya menjalankan syariat umpama melepaskan batuk di tangga? Yang manakah lebih dituntut?

Bidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat . Jika ia berkaitan dengan akidah , amal ibadat dan kepercayaan , ia akan menjadikan pengamalnya kufur . Jika ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak dinamakan bidaah .Urusan-urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak adalah satu kebebasan kepada manusia untuk mengurus mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini termasuklah pertanian , perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment