Friday, January 28, 2011

let's started...

konnichiwa!

just wanna share smthng from my auntie..

Softrade Jawi Writer Online V 2.0
Shah Alam, 24/1/2011: Syarikat Software Trading pada hari ini telah menerbitkan satu perisian "Jawi  word processor" di talian. Perisian ini memudahkan pengguna untuk menaip skrip  Jawi dan Arab tanpa memasang perkakasan software atau hardware tambahan pada  komputer. Pengguna hanya perlu download font Jawi terus ke dalam folder  windows/fonts dari URL yang disediakan. Selepas "restart" browser, dan setelah  Jawi skrip dapat dipaparkan dengan betul, anda boleh terus menggunakan Jawi  Writer Online.
Softrade Jawi Writer Online V 2.0 menggunakan keyboard maya (virtual) yang  boleh dipapar dan disembunyikan mengikut pilihan pengguna. Seperti Softrade  Jawi Writer V 1.0, anda hanya perlu menekan tetikus kepada butang keyboard  untuk memasukkan huruf-huruf Jawi. Anda juga boleh menggunakan keyboard sedia  ada untuk memasukkan huruf-huruf Jawi dengan berpandukan keyboard pada skrin.  Keyboard layout yang digunakan ialah mengikut piawaian keyboard Jawi Malaysia  yang masih lagi dalam draf -  (http://www.sirim.my/std_dev/public_comment/08g074r0.pdf)
Terdapat dua versi iaitu Jawi Lite dan Jawi Extra. Jawi Lite boleh digunakan  secara percuma oleh pengunjung tidak berdaftar, sementara Jawi Extra dikhaskan  kepada Ahli VIP yang membekalkan dana kepada perkembangan Softrade Jawi Writer  Online. Sila berkunjung ke http://jawiwriter.belidiweb.com/VIP.aspx untuk  mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ahli VIP. Perbezaan ciri-ciri di  antara Jawi Lite dan Jawi Extra boleh didapati di sini  http://jawiwriter.belidiweb.com/BacaSaya.aspx
Software Trading merancang untuk membina banyak lagi perisian-perisian  berbentuk Ilmu Islam di laman web ini untuk kegunaan umat islam secara percuma  seperti perisian Membaca Al-Quran kaedah Qiraati, perisian Al-Quran 30 Juz, dan  perisian Panduan Solat. Jawi Writer adalah salah satu dari perancangan ini yang  memulakan langkah pertama. Bagi mereka yang berminat untuk membantu, sila  layari laman web kami di http://jawiwriter.belidiweb.com/.

No comments:

Post a Comment