Sunday, February 19, 2012

Perancangan Kewangan....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, baru habis induksi di Wisma PKPS seksyen 14 Shah Alam ( mode ingin menggunakan bahasa melayu kononnya )...hehehe. Sesi induksi lancar, berkenalan dengan ramai kawan baru tp arini rapat dgn 3 org: Pn Nadiya - Technical Asistant from PKNS, Lt Ahmad Marwan - dari cawangan khas Bukit Aman and Hajah Normah dari Gamuda Land...Tabik spring kat hajah Normah ni as she applying her green card at age of 66 years old! Eventhough the insurance coverage is up to 65 years only, she said she aware of that and its totally ok. " Semangat nak belajar "...katanya la.

Hari ni nak share something very simple tp amat la memberi kesan dalam kehidupan seharian kita. DUIT. Siapa xnk duit? Siapa x tau apa itu duit?

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal


Biasa dengar lagu kembara tu? hurmmm...Saya bukanlah orang kaya, bukanlah juga bijak sgt dalam merancang kewangan tp sy seorang insan sederhana yang sentiasa mencari info ttg kewangan ni. Saya percaya kita kena waspada dalam berbelanja, beringat - ingat selalu dan kena la ada simpanan. Simpanan ni x sama dgn emergency fund ye. Simpanan adalah duit yang kita simpan...emergency fund pula adalah duit yang kita boleh gunakan saat hal kecemasan or saat-saat kekeringan... Jadi saya nk share satu link yang saya anggap boleh dijadikan asas untuk anda memulakan tabiat merancang kewangan anda.

http://bijakbudget.8m.com/

Anda boleh download secara percuma. Ia adalah asas menyimpan wang yang mudah difahami dan senang nak diamalkan. Secara asasnya anda akan melalui tiga peringkat iaitu :

Tidak stabil: Anda mempunyai banyak bil tertunggak dan hutang yang masih belum dijelaskan. 
Baikpulih: Susunatur perbelanjaan sambil melangsaikan hutang/bil tertunggak beransur-ansur.
Stabil: Tidak ada hutang dan bil tertunggak.

Salman Al-Farisi pernah datang kepada Abu Bakar As Siddiq r.a. ketika beliau sakit dan menghadapi kematiannya. Lalu Salman berkata, "Berpesanlah kepadaku, wahai khalifah Rasulullah". Abu Bakar menjawab: "Sesungguhnya Allah membukakan dunia untukmu kerana itu janganlah sekali-kali salah seorang dari antara kamu mengambilnya kecuali sekadar bekal keperluannya saja."

Rasulullah dan sahabat menunjukkan contoh dan mengajarkan kepada umat Islam mengenai amalan berjimat cermat agar menjadi ikutan umat Islam seluruhnya sehingga ke akhir zaman demi kebajikan bersama.  Sifat boros berbelanja wang atau masa sememangnya patut dijauhi kerana ia adalah amalan syaitan. Allah berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 27 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu sangat kufur kepada Rabb-Nya."
* RENUNG - RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!

No comments:

Post a Comment