* AYAH DAN IBU*
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…
Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
- Sudirman Haji Arshad
Lagu ni ada jiwa. Lagu ni ada makna. Lagu ni cukup rasa. Pada saya lagu ni punya satu sentimental value yg sangaaaaat la tinggi. Dan tiap kali dengar lagu ni saya akan terbayang muka mama, muka papa, rindu...tertunduk...dan selalunya persaan terus jd bercampur baur.
Semalam lps balik kerja saya bergegas ke Kemensah, rumah adik. Mama dan papa dtg dari kg, maka wajarlah saya menziarahi mereka. Saya rasa trip dari Johor - KL semalam adalah yg plg jauh setakat ni utk mama, semenjak dia kena 'stroke' hamper setahun yg lepas. dapat pegang, peluk, cium mama. entahlah, perasaan ni dah x sama macam dulu. setiap kali saya tnya khabar, mama pasti kata dia sihat dan bertambah pulih. But yeah, I know she live in denial. Mama dah x mcm dulu. Tubuhnya kurus, mukanya sembam mungkin krn ubat2 yg diambil, dan dia selalu mengulang cerita, mengulang tnya, dan selalu memberi jawapan lain dari yg soalan yg diajukan.
Saya selalu berdoa agar Allah mengurniakan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah buat mama papa...sebab saya tau saya x cukup kuat untuk mendepani hidup tanpa kehadiran mereka.
Ya Allah, Kau panjangkanlah usia dan rahmati kedua ibu bapaku...
No comments:
Post a Comment