Monday, March 19, 2012

Katamu Hamka...

Saya buka buku yang dibawa.
Saya ada tabiat bila perlukan pencerahan, akan buka al-Quran atau mana-mana buku, dan baca kalimat pertama yang terpandang.
Saya ditemukan, (atau tulisan yang menemukan saya?)

Ajar diri berjuang, mengahadapi kesusahan, bencana dan bala, halangan dan rintangan, kerana mesti demikianlah kerja kita dalam hidup. Semuanya ditunggu, dinanti dengan dada lebar dan tangan terbuka sehingga tidak terkejut jika datang yang lebih besar dan hebat. Sebesar-besar musuh yang datang dan bencana yang tiba, bentengnya telah ada, iaitu hati kita sendiri!


Biarkan bumi berkalang kabut.
Huru hara meliputi alam.
Aku tenang tidakku ribut
Hati tetap, jiwaku tenteram.


"Bikinlah jiwa itu laksana batu karang di hujung pulau, jadi hempasan segala ombak gelombang"
ms 138, Falsafah Hidup, Prof dr HAMKA.

Wednesday, March 7, 2012

new recipe :)


RESEPI KEK PERKAHWINAN:
BAHAN -
Seorang lelaki sihat
Seorang wanita sihat
100% komitmen
...
2 pasang restu org tua
Sebotol kasih syg

PERISA -
Sebuku besar humor
25 gram rekreasi
Sebungkus doa
2 sudu teh telefon
5 kali ibadat sehari smlm
* semua bahan diadun hingga mengembang

TIP -
1. Pilih lelaki & wanita yg matang dan seimbang
2. Jgn terlalu tua @ terlalu muda kerana ia mempengaruhi kelazatan kek (elok dibeli di pusat membeli belah bernama ' tempat ibadat ' walau agak mahal tapi mutunya terjamin)
3. Jangan dibeli di pasar 'disko' @ 'parti'. walau baunya harum tetapi selalu menipu pelanggan kerana menggunakan bahan tiruan.
4. Gunakan kasih syg cap 'dakwah' yang mendapat ISO dari kementerian kesihatan.

CARA MEMASAK -
1. Semua bahan dicuci bersih, dibuang masa lalu hingga tersisa niat yang murni
2. Siapkan loyang yang disapu dengan restu dan komitmen
3. Masukkan niat murni dan bakar dgn api sederhana di hadapan jurunikah
4. Biarkan seketika dan sirami dengan perisa
5. Kek perkahwinan sedia dinikmati

NOTA -
Kek ini dapat dinikmati pembuatnya seumur hidup dan paling enak dlm keadaan hangat. Sekiranya agak dingin, tambah humor segar, rekreasi & potongan doa. Setelah hangat, jangan lupa telefon bila berjauhan.
Selamat mencuba. DIJAMIN HALAL!
See more

Sunday, March 4, 2012

H.U.J.A.N

~ ♥..HUJAN..♥~
Tangis awan bagai MEMAHAMI. Saya bukan sedih. Tak.
Bukan. Bukan.
Ya Allah..
Saya..memang sangat SEBAK. Langit memberikan saya TEDUHAN paling nyaman. Sangat nyaman. Dan...tentunya, kuasa meneduhkan itu..datangnya dari Dia, punca segala CINTA. Sumber segala KASIH SAYANG..
Tenang..
Hati ini adakalanya SAKIT. Mahu marah. Tidak tenteram. Jiwa berkocak. Tapi, Dia hadirkan dengan rasa KECUKUPAN. Kecukupan dengan hanya mengharap kasihNya. Dengan hanya cintaNya. Maka, Dia balut hati, jiwa, jasad ini dengan segenap KESABARAN. Kesabaran yang bukan datang dari kekuatan diri, tapi dari Dia. Sesungguhnya Dia..
Kalau diikutkan hati, saya bagai mahu MENGALAH dengan perasaan dan emosi sendiri..
Memang..
Subhanallah..
>>> Semoga Allah MENYATUKAN hati kita untuk berhimpun dalam naungan cintaNya.. amin, amin, ya rabbal alamin..

Monday, February 27, 2012

Doa dia yang makbul sebenarnya...bukan doa kita

Semalam ada kuliah agama... topiknya berkenaan DOA... Bercakap tentang doa ni... saya nak cite kisah yang di kongsikan di kuliah tadi... kisah ni menginsafkan saya dan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan saya.

Kisah yang saya dengar itu begini :

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.


Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya. 

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.


Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.


Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa. 

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa.

Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong: 


“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”


Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. 

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.


Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.


Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” 

MasyaALLAH…


Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.


Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.



Kisah ini meruntun hati saya, dan buat saya berfikir panjang. 


Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. 

"Aku buat beginilah yang jadi begini." 

"Doa aku makbul seh!" 
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." 
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. 

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. 


Cerita itu sangat menyentuh hati aya. 

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa, keluarga ,adik beradik, sahabat-sahabat akrab pula saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka turut saya mendoakan  juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. 


Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. 


Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat note ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

Sunday, February 26, 2012

souq qafilah - 03032012

Assalamualaikum...

Arini tak bekerja, so mood duduk umah jer. Since I'm free today, I'd like to write a new post on my next activity next week which is Souq Qafilah. What is souq qafilah?

SOUQ QAFILAH IS A PLACE WHERE YOU CAN EXPERIENCE BERJUAL BELI SEPERTI AHL MADINAH DI 'SOUQ MUAMALAH MADINAH.
Resam Amal Madinah:
1. Tiada tempahan atau booking untuk tapak perniagaan - amalan siapa cepat dia dapat tapak yang diinginkan.
2. Peralatan keperluan untuk berniaga contohnya meja dsb. perlu di bawa sendiri oleh peniaga.
3. Peniaga diberikan hak berjualan di Souq tanpa sebarang bayaran seperti sewa tapak, fi iklan, fi kebersihan, fi tandas, dan segala macam fi lagi (bagaimanapun sekiranya berkemampuan peniaga boleh bersedekah ke Rumah Aman)
4. Perniagaan yang adil dari segi harga, timbangan, sukatan yang akan dipantau oleh Ahli Muhtasib Souq.
5. Jual-beli hanya dibenarkan dengan penggunaan Dinar & Dirham Matawang Syariah atau DnD KGT

Apa yang menarik?












Gambar-gambar di atas tu adalah gambar bagi souq qafilah yg lps yg telah dilaksanakan di Rumah Anak Yatin dan Kebajikan Aman Sek 2 Shah Alam. For my booth, I'm selling tudung and apam. Sesiapa yg berminat nk tahu lbh lanjut ttg aktiviti ni atau nk buat tempahan, just let me know ya!

Sunday, February 19, 2012

Perancangan Kewangan....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, baru habis induksi di Wisma PKPS seksyen 14 Shah Alam ( mode ingin menggunakan bahasa melayu kononnya )...hehehe. Sesi induksi lancar, berkenalan dengan ramai kawan baru tp arini rapat dgn 3 org: Pn Nadiya - Technical Asistant from PKNS, Lt Ahmad Marwan - dari cawangan khas Bukit Aman and Hajah Normah dari Gamuda Land...Tabik spring kat hajah Normah ni as she applying her green card at age of 66 years old! Eventhough the insurance coverage is up to 65 years only, she said she aware of that and its totally ok. " Semangat nak belajar "...katanya la.

Hari ni nak share something very simple tp amat la memberi kesan dalam kehidupan seharian kita. DUIT. Siapa xnk duit? Siapa x tau apa itu duit?

Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit

Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal


Biasa dengar lagu kembara tu? hurmmm...Saya bukanlah orang kaya, bukanlah juga bijak sgt dalam merancang kewangan tp sy seorang insan sederhana yang sentiasa mencari info ttg kewangan ni. Saya percaya kita kena waspada dalam berbelanja, beringat - ingat selalu dan kena la ada simpanan. Simpanan ni x sama dgn emergency fund ye. Simpanan adalah duit yang kita simpan...emergency fund pula adalah duit yang kita boleh gunakan saat hal kecemasan or saat-saat kekeringan... Jadi saya nk share satu link yang saya anggap boleh dijadikan asas untuk anda memulakan tabiat merancang kewangan anda.

http://bijakbudget.8m.com/

Anda boleh download secara percuma. Ia adalah asas menyimpan wang yang mudah difahami dan senang nak diamalkan. Secara asasnya anda akan melalui tiga peringkat iaitu :

Tidak stabil: Anda mempunyai banyak bil tertunggak dan hutang yang masih belum dijelaskan. 
Baikpulih: Susunatur perbelanjaan sambil melangsaikan hutang/bil tertunggak beransur-ansur.
Stabil: Tidak ada hutang dan bil tertunggak.

Salman Al-Farisi pernah datang kepada Abu Bakar As Siddiq r.a. ketika beliau sakit dan menghadapi kematiannya. Lalu Salman berkata, "Berpesanlah kepadaku, wahai khalifah Rasulullah". Abu Bakar menjawab: "Sesungguhnya Allah membukakan dunia untukmu kerana itu janganlah sekali-kali salah seorang dari antara kamu mengambilnya kecuali sekadar bekal keperluannya saja."

Rasulullah dan sahabat menunjukkan contoh dan mengajarkan kepada umat Islam mengenai amalan berjimat cermat agar menjadi ikutan umat Islam seluruhnya sehingga ke akhir zaman demi kebajikan bersama.  Sifat boros berbelanja wang atau masa sememangnya patut dijauhi kerana ia adalah amalan syaitan. Allah berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 27 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu sangat kufur kepada Rabb-Nya."
* RENUNG - RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!

Saturday, February 18, 2012

I'm back!!!

Its been long since my last entry, and believe me its really a hectic week. I’ve got no day off yet and tomorrow I’ll going to CIDB course for 1 whole day. Luckily I’ve a replacement leave. Bukan tak nak menulis tapi tiada masa. Tuhan dah kurniakan 24 jam sehari pun macam tak cukup. Nauzubillah! Jauhkanlah hati saya dari rasa tak bersyukur...
Since its a hectic week for me, plus my Souq Madinah arrangement with other DnD ( dinar and dirham ) activies, I think I should inject myself with some motivational vitamin to keep me going. Feel free to have a ponder of the words if you think you need some refreshment too dear!

1.       Trust yourself. You know what you want and need.
2.       Put yourself first. You can't be anything for anybody else unless you take care of yourself.
3.       Let your feelings be known. Express your opinions. It's good to hear yourself talk.
4.       Value your thinking. You do it well. Take the time and space you need
5.       When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's ok to need..
6.       When you feel like running away, let yourself feel the scare. Think about what you fear will happen and decide what you need to do.
7.       Decide what you want to do. Just feel it, express it, or take some action.
8.       When you're hurt, tell the person who hurt you. Keeping it inside makes it grow.
9.       When you want something from someone else, ask. You'll be okay if they say no.
10.   When people turn you down, it usually has to do with them, and not with you. Ask someone else for what you need. When you feel alone, know there are people who want to be with you.

Sebagai manusia, kita kena selalu ingatkan diri kita sendiri : jangan pernah berputus asa, jangan pernah mengalah dengan situasi. Pengalaman seharusnya menjadikan kita manusia yang lebih baik dek kita belajar dari masa lalu, bukan menjadikan kita manusia yang terus mengalah pada keadaan dan penuh dengan rasa rendah diri. Kalau difikir-fikirkan, sebenarnya kita ada 3 cikgu paling penting dalam hidup.
1. Cikgu yang terbaik dalam hidup adalah - Pengalaman.
 Pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini.
2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa
Mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu.
3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar
Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini. Mereka telah bersusah payah dalam mendidik kita supaya kita berjaya dalam kehidupan.
Marilah kita hargai 3 cikgu utama dalam hidup kita. Hargailah mereka sementara masih ada, hidup ini hanyalah sementara, bukan selama-lamanya.http://www.youtube.com/watch?v=nsE5HYnzf8o&feature=related